Di kala memerlukan, kami sentiasa bersama anda.
KERANA ANDA PATUT MENERIMA YANG TERBAIK
Ramai antara kita tidak sedar tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Kita sering mendengar tentang berlakunya peristiwa-peristiwa yang tidak dijangka hampir setiap hari di dalam kehidupan kita. Berapa kerapkah anda mendengar rakan atau ahli keluarga yang jatuh sakit, dan mendapati dirinya disahkan menghidap penyakit kritikal?
Tanpa perlindungan yang secukupnya, kita kadang kala berasa tidak berdaya apabila dilanda musibah. Bersiap sedia dengan satu perancangan kewangan adalah satu langkah bijak yang perlu diambil sekarang. Hidup anda amat berharga. Bukan hanya kepada anda, tetapi juga kepada mereka yang anda kasihi. Satu perancangan kewangan yang baik akan membantu anda di saat memerlukan, membolehkan anda memberi tumpuan untuk pulih, manakala hal-hal lain diuruskan untuk anda.
Temui satu pelan kewangan yang memberi anda yang terbaik
PruBSN CrisisCover
adalah satu pelan yang dihasilkan dengan teliti untuk memberi
perlindungan meluas untuk anda dan orang tersayang daripada krisis
kewangan sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku.
Penyakit-penyakit kritikal seperti serangan jantung, kanser, penyakit
arteri koronari, strok, kegagalan buah pinggang, penyakit hati kronik
adalah antara penyakit-penyakit berkaitan yang dilindungi, serta
kehilangan nyawa dan hilang upaya kekal dan menyeluruh.
Selain daripada itu, anda juga boleh mengambil perlindungan tambahan untuk mengukuhkan lagi tahap perlindungan anda.
PruBSN CrisisCover. Bantuan di saat anda paling memerlukannya.
Bagaimana PruBSN CrisisCover membantu anda
Bantuan kewangan di saat memerlukan
|
Memberikan anda wang tunai sekiranya anda disahkan menghidap salah
satu daripada 36 penyakit kritikal yang dilindungi supaya anda boleh
mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
|
Perlindungan kewangan untuk keluarga anda
|
Memberikan keluarga anda wang tunai sekiranya anda kehilangan nyawa,
supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu risau tentang
kewangan.
|
Perlindungan kewangan untuk anda
|
Memberikan anda wang tunai sekiranya anda tidak dapat terus menyara
hidup disebabkan hilang upaya kekal dan menyeluruh.
|
Lindungi anda daripada tekanan kewangan
|
Anda tidak perlu bimbang tentang masalah kewangan ketika berdepan
dengan krisis.
|
Dapatkan rawatan perubatan yang lebih baik
|
Dengan menerima wang tunai tersebut, rawatan perubatan yang terbaik
boleh diperolehi.
|
Kos minimum dengan manfaat maksimum
|
Memastikan perlindungan kewangan sepenuhnya dengan sumbangan serendah
RM0.671 sehari!
|
Jaminan tempat tinggal bagi keluarga anda
|
Gunakan wang tunai dari pelan ini untuk menyelesaikan gadai janji
rumah anda bagi menjamin tempat tinggal keluarga anda sekiranya sesuatu yang
tidak dijangka berlaku kepada anda.
|