Assalamualaikum....
Seperti
anda baca tajuk artikel ini, saya cuba untuk mengupas seringkas yang
mungkin apakah bentuk pelan perlindungan yang lengkap bagi seseorang
individu.
Untuk memilih pelan
perlindungan yang lengkap, mula-mulanya saya menasihati anda memilih
produk takaful dan jauhi produk insurans. Ini kerana takaful adalah
pelan perlindungan patuh
syariah dan insurans pelan perlindungan tidak patuh syariah. Apakah
perbeza antara dua jenis pelan ini, saya akan kupas di artikel lain (klik sini).
Syarikat yang menawarkan pelan perlindungan takaful banyak di Malaysia iaitu PruBSNTakaful,
MAA Takaful, Takaful Ikhlas, Etiqa Takaful, Great Eastern Takaful dan
sebagainya. Kesemua syarikat ini menawarkan pelan yang lengkap kepada
pelanggan-pelanggan mereka.
Apakah yang dimaksudkan oleh saya pelan perlindungan yang lengkap?. Mari kita sama-sama menelitinya. Bagi saya, saya akan membahagikan pelan ini kepada dua bahagian iaitu Bahagian 1 dan Bahagian 2.
Bahagian 1
Bahagian
in kebiasaan disebut sebagai “investment link”. Nama produk Bahagian 1
ini berbeza-beza mengikut syarikat takaful. Bagi PruBSN Takaful dan MAA Takaful Bahagian 1 ini dikenali sebagai Takafulink, Etiqa Takaful dikenali MESRA dan Takaful Ikhlas dikenali IST.
Apakah produk yang telah anda miliki untuk Bahagian 1?
Adakah Takafulink atau MESRA atau IST?
Apakah yang terkandung dalam Bahagian 1? Anda boleh rujuk gambar yang dilampirkan. Bahagian 1 terdiri daripada “life takaful” dan simpanan.
Life takaful terdiri daripada unsur pampasan kematian, pampasan sakit
kritikal, pampasan hilang anggota atau upaya dan elaun wad.
Bahagian 1 ini akan berfungsi apabila:
- setelah peserta meninggal dunia dimana waris peserta akan mendapat manfaat kematian peserta.
- setelah peserta disahkan menghidapi salah satu daripada 36 penyakit krtikal (rujuk ketetapan syarikat masing-masing) dan peserta akan mendapat pampasan sakit kritikal.
- setelah peserta hilang upaya atau anggota badan atau lumpuh akibat kemalangan maka peserta akan memperolehi pampasan ini.
- setelah peserta masuk wad minima 6 jam (rujuk ketetapan syarikat masing-masing) peserta akan mendapat elaun wad.
Bahagian 2
PruBSN Takaful dikenali Takaful Health, MAA Takaful
dikenali Smart Medic 100, Takaful Ikhlas dikenali Ikhlas Medic Assist
Takaful (IMAT) dan Etiqa Takaful dikenali Mesra Medic. Masing-masing
mempunyai kekuatan dan kekurangan masing-masing serta mampu memberi khidmat yang amat baik kepada pelanggan mereka.
Apakah
fungsi kad perubatan ini? Kad perubatan ini digunakan untuk membantu
kita menanggung kos rawatan hospital apabila kita memasuki wad untuk
rawatan. Sinonim penggunaan kad adalah untuk menanggung kos rawatan
sakit krtikal kerana kosnya amat besar.
Sebagai
contoh merawat sakit jantung berjumlah RM50,000.00, maka peserta akan
menggunakan kad perubatan itu untuk membayar bil rawatan yang dikenakan.
Ini adalah sumber bantuan kita yang amat bernilai kerana jika anda
tidak memilikinya anda akan menghadapi kesukaran yang amat perit.
Ini
kerana anda akan menggunakan semua simpanan, menjual aset, membuat
hutang serta memohon bantuan masyarakat semata-mata untuk membayar kos rawatan tadi. Oleh itu, pelan perlindungan yang lengkap haruslah terdiri daripada dua bahagian ini. Kenapa? Saya berikan 3 situasi untuk kita memahami lebih jelas.
Situasi 1 (Peserta hanya mempunyai Bahagian 1 sahaja)
En.
Ahmad telah disahkan menghidapi penyakit jantung dan perlu dirawat.
Oleh itu, En.Ahmad telah dimasukkan ke hospital kerajaan dan doktor
menyatakan En.Ahmad perlu menunggu selama 3 bulan untuk mendapatkan
pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) atau mendapatkan pembedahan
segera di hospital pakar. Kos rawatan yang perlu ditanggung adalah
RM40,000.00 (di IJN ataupun hospital pakar).
En.Ahmad
tidak mempunyai kad perubatan maka En.Ahmad perlu mengumpul wang
sebanyak RM40,000.00 untuk rawatannya dengan cara terpaksa mengeluarkan
tabungan ASB, TH, KWSP, berhutang dengan ahli keluarga dan rakan serta
mohon bantuan orang ramai. Keadaan ini amat memeritkan sesiapa sahaja
yang mengalaminya.
Namun,
En.Ahmad boleh membuat tuntutan sakit krtikal daripada syarikat takaful
yang beliau langgan. Jumlah pampasan mengikut berapa yang En.Ahmad
carumkan. Pampasan ini akan diperolehi setelah berurusan dalam tempoh
masa 1 bulan jika semua dokumen tuntutan lengkap (sila rujuk syarikat
takaful anda untuk maklumat lebih tepat untuk polisi anda).
Kesimpulannya,
jika anda hanya mempunyai Bahagian 1 sahaja anda akan menghadapi
kesusahan yang amat apabila ingin mengumpul duit yang banyak untuk
mendapat rawatan. Anda harus ingat, setiap detik boleh membuatkan
penyakit anda pulih atau menjadi parah. Mendapatkan rawatan yang cepat
dapat menyelamatkan keadaan anda.
Situasi 2 (Peserta hanya mempunyai Bahagian 2 sahaja)
En.Kasim
hanya mempunyai kad perubatan sahaja. Apabila En.Kasim disahkan
menghidapi sakit jantung, beliau terus boleh mendapatkan rawatan di
hospital pakar yang beliau sukai.
En.Kasim
tidak perlu bersusah payah untuk mengumpul duit yang banyak untuk
membayar kos rawatannya malah hanya perlu menyiapkan maksimum RM1000
sahaja (jika pelan PruBSN Takaful)
dan selebihnya dibiayai oleh syarikat takaful. Andaikan kos rawatan
jantung En.Kasim berjumlah RM50,000.00 dan En.Kasim memiliki kad
perubatan di bawahPruBSN Takaful,
En.Kasim hanya membayar RM1000 sahaja dan selebihya (RM49,000.00) akan di bayar oleh PruBSN Takaful. (RM1000 itu adalah untuk bayaran ko-takaful 10% daripada kos rawatan tertakluk minima RM300 dan maksima RM1000)
Kini
En.Kasim telah menjalani pembedahan. Namun beliau tidak boleh membuat
tuntutan sakit krtikal kerana beliau tidak mempunyai polisi Bahagian 1.
Situasi 3 (Peserta mempunyai Bahagian 1 dan 2)
En.Ismail
juga menghidapi sakit jantung seperti mana En.Ahmad dan En.Kasim namun
En.Ismail lagi untung daripada mereka. Kenapa? Untuk rawatan En.Ismail
menggunakan kad perubatan seperti En.Kasim dan selepas itu En.Ismail
menuntut pampasan sakit kritikal, elaun wad, elaun bedah seperti En.
Ahmad.
Untung En.Ismail ialah:
- tidak bersusah payah hendak mengumpul duit, rawatan PERCUMA
- mendapat pampasan untuk digunakan rawatan susulan ataupun menyara keluarganya.
Inilah
3 situasi yang akan berlaku kepada kita. Anda boleh pilih situasi yang manakah yang anda ingin
pilih. Bagi saya Situasi 3 adalah terbaik, ini adalah nasihat saya :
- kepada yang tidak mempunyai Bahagian 1 dan 2...silalah mohon sekarang jika anda sayang pada diri anda dan keluarga anda,
- kepada yang mempunyai Bahagian 1 sahaja, saya nasihatkan anda mengambil Bahagian 2 untuk melengkapkan pelan perlindungan anda.
- kepada yang telah memiliki Bahagian 1 dan 2 saya ucapkan TAHNIAH!!! kerana anda telah bertindak bijak dalam pengurusan menyelamatkan wang dan diri anda!!!