Oleh
Ramai yang kurang memahami
beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful.
Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam
insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful
juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang
dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai
elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?
Jawapan mudah saya adalah,
syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang
digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at
(kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat
jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu
dan ini semasa serahan derma.
Contoh mudahnya, apabila anda
memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda
memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu
tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu
pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan
aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
-
a) Tabarru' dan Mudarabah
-
b) Wakalah dan Tabarru
Saya tidak akan mengulas
kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar
rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal
kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )
1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'
Keterangan ringkas
: Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi
menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful
apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan
mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di
samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang
belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu
lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan
yang diusahakannya itu.
2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas
: Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah
tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung
takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan
keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak
syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai
penghargaan penyertaannya.
Kesimpulan; perubahan dari
aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran
konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza
dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma
(tabarru') atau (wakalah).
Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-
Konvensional | Takaful |
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan | Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan. |
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran | Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim. |
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) | * Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful. |
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan. | |
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah | Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah. |
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. | Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali |
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. | Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum. |
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus' | Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum. |